TITIPAN ILmu...buat anak muridku...
Blog Cikgu Salmiah
Rabu, 16 Mei 2012
KEMALANGAN JALAN RAYA
• Jalan raya merupakan alat perhubungan terpenting untuk membangunkan pelbagai kegiatan manusia.
• Kelancaran sektor-sektor lain untuk menjalankan urus niaga bergantung pada kemudahan rangkaian jalan raya di negara ini.
• Kewujudan jalan raya yang moden dan selesa telah menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya yang terburu-buru dan mementingkan diri sendiri.
• Kemalangan jalan raya sering melibatkan pengguna kenderaan dan pejalan kaki.
PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA
1. Memandu dalam keadaan mabuk dan khayal. Terdapat sesetengah pemandu yang mengambil ubat yang menyebabkan hilang tumpuan semasa memandu. Hal yang demikian menyebabkan kenderaan yang dipandu tidak dapat dikawal dengan baik, terbabas, ataupun melanggar pengguna jalan raya yang lain.
2. Kecuaian yang berlaku di jalan raya menyebabkan kemalangan. Pemandu sering cuai semasa memandu oleh keletihan atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Keadaan kenderaan yang serba kekurangan dan tidak diselenggara secara berkala dapat menyebabkan kemalangan.
3. Kesesakan lalu lintas. Apabila musim perayaan, jumlah kenderaan di jalan raya meningkat. Keadaan jalan raya yang sesak akan meningkatkan kadar kemalangan akibat sikap sesetengah pengguna jalan raya yang tidak mampu bersabar dengan keadaan kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan.
4. Keadaan jalan raya yang membahayakan. Terdapat jalan raya yang berlubang-lubang, tidak berlampu, selekoh tajam, sempit dan jalan raya yang bengkang-bengkok amat menyukarkan pengguna jalan raya.
5. Sikap sesetengah sekolah pemandu yang tidak bertanggungjawab. Tenaga pengajar di sekolah memandu hanya mengajar pelajarnya untuk lulus ujian. Pelajar sekolah memandu tidak diajar kemahiran memandu secara berhemah dan cekap mengikut keadaan semasa. Mereka hanya mementingkan bayaran.
6. Sikap pemandu yang tidak berhemah di jalan raya. Sesetengah pengguna jalan raya sengaja mengubahsuai kenderaan agar kelihatan hebat dan menarik perhatian orang lain. Sikap suka berlumba dan tidak boleh bersabar menyebabkan wujud samseng jalan raya.
7. Memandu laju untuk mengejar masa sering mengakibatkan kemalangan. Pengguna jalan raya begini tidak pandai mengatur perjalanan agar sampai ke destinasi yang dituju dalam masa yang ditetapkan. Mereka sering terburu-buru mengejar masa.
8. Keadaan cuaca yang panas dan lembap. Keadaan hari hujan dan angin kuat menganggu tumpuan dan jarak penglihatan. Keadaan cuaca panas akan menganggu emosi pengguna jalan raya dan penglihatan.
KESAN-KESAN KEMALANGAN JALAN RAYA
1. Kematian dan kehilangan nyawa. Negara kerugian tenaga kerja penting sekiranya mereka yang terlibat itu mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh negara. Keluarga akan kehilangan ahli keluarga yang tersayang yang mungkin ketua keluarga mereka.
2. Kecacatan anggota. Mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya akan mengalami kecacatan sementara atau kekal. Pastinya menyukarkan diri dan ahli keluarga. Mereka akan kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Masa depan keluarga dan diri menjadi tidak menentu.
3. Kemalangan akan merosakkan harta benda dan harta kerajaan. Kemalangan akan menyebabkan kenderaan terbabit rosak dan perlu dibaiki, Keadaan jalan raya juga turut rosak dan menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
4. Keluarga turut menanggung beban menjaga dan mengurus hal-hal tuntutan insurans dan berbincang dengan pihak yang terlibat. Ibu bapa terpaksa menanggung kos rawatan anak dan pembayaran ganti rugi.
5. Imej negara terjejas. Nama baik negara turut buruk kerana kadar kemalangan jalan raya yang tinggi mencerminkan sikap rakyat yang tidak berhemah dan tidak bertamadun di jalan raya.
6. Kerajaan mengeluarkan kos. Kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih untuk mengurus dan menyelenggara sistem jalan raya. Kempen secara besar-besaran terpaksa diadakan untuk mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati di jalan raya.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA
1. Jabatan Kerja Raya menerusi Kementerian Kerja Raya wajar mengenal pasti keadaan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan. Kemudahan jalan raya diperbanyak seperti jejantas, lampu isyarat, melebar jalan raya dan memasang lampu di tempat-tempat yang perlu.
2. Kurikulum sekolah-sekolah memandu perlu dipertingkat dan dipantau ketat oleh kerajaan, terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). Kecekapan memandu wajar diuji dengan sebaik-baiknya agar pengguna kenderaan dapat mengawal kenderaan dengan baik.
3. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat oleh pihak polis dan JPJ. Rondaan dan sekatan jalan raya serta pemantauan yang kerap patut dijalankan setiap hari agar pengguna jalan raya dapat mendisiplinkan diri. Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) patut diperluas agar dapat mengesan pemandu yang melebihi had laju.
4. Anjakan pemikiran pengguna jalan raya itu sendiri. Pengguna jalan raya perlu sedar akan keselamatan mereka ketika berada di jalan raya. Mereka perlu berhati-hati sekiranya ingin sampai ke destinasi dengan selamat. Jika semua pengguna jalan raya mempunyai sikap dan pemikiran yang sama, kemalangan jalan raya pasti dihindari.
5. Kerajaan wajar mengetatkan hukuman terhadap pesalah jalan raya. Kadar denda yang sewajarnya diharapkan dapat menginsafkan pengguna jalan raya. Hukuman lesen digantung dan penjara untuk kesalahan kemalangan maut wajar dilaksanakan. Hukuman sebatan pula wajar dilaksanakan.
6. Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri perlu memperbanyak kempen keselamatan jalan raya yang boleh dilaksanakan menerusi pelbagai media yang ada di negara ini.
MASALAH KESESAKAN JALAN RAYA
1. Amalan kongsi kereta. Mengurangkan bilangan kenderaan yang memasuki pusat-pusat bandar khususnya pada waktu sibuk, bilangan dapat dikurangkan kira-kira tiga kali ganda. Mengatasi masalah kurang persefahaman waktu perjalanan dan kesesuaian destinasi tempat kerja.
2. Langkah kerajaan menyekat pertambahan bilangan kereta. Pemilikan kenderaan sendiri di sekat. Harga kenderaan dipertingkatkan. Kenderaan lama dilupuskan.
3. Memperbaiki kemudahan pengangkutan awam. Perkhidmatan bas awam dan teksi diperbaiki dari segi kos, kekerapan serta kecekapan. Orang ramai lebih suka menaiki kenderaan awam daripada memandu kereta yang melibatkan perbelanjaan yang besar.
4. Memperkenalkan sistem MRT di samping LRT. Sistem pengangkutan moden boleh membawa penumpang dalam jumlah yang maksimum. Kos atau tambang haruslah bertepatan atau lebih mudah untuk menarik minat para penumpang daripada memandu kereta sendiri.
5. Wujudkan kaedah “Area Licensing Scheme” yang memperuntukkan waktu-waktu tertentu bagi kenderaan persendirian untuk memasuki pusat-pusat bandar. Mengenakan bayaran tinggi bagi kenderaan yang memasuki zon yang sibuk dan sebagainya.
6. Perancangan terhadap infrastruktur di kawasan bandar haruslah lebih teratur.Tempat kediaman, bangunan dan kompleks perniagaan, jalan raya di baiki dan dilebarkan, sistem trafik yang dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Ahad, 18 Mac 2012
TEMA: BIOTEKNOLOGI
Pengenalan
Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Pada abad ke 21, ini bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.
Bioteknologi juga adalah suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan :
1. Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi
2. Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman
3. Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang khusus
Definasi Bioteknologi
Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.
Dasar Bioteknologi Negara
Kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.
Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara.
Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020.
Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.
Bioteknologi adalah satu teknik atau proses yang melibatkan penggunaan sains yang berkaitan dengan benda hidup untuk menyelesaikan masalah @ penghasilan produk yang bermanfaat untuk manusia
Antara Kaedah yang Digunakan dalam Bioteknologi
1.Kejuruteraan genetik
- Kejuruteraan genetik ialah teknologi pemindahan segmen-segmen DNA yang membawa maklumat genetik daripada suatu organisma kepada suatu organisma sasaran yang lain. Secara ringkasnya, gen-gen bagi ciri-ciri yang dikehendaki dikeluarkan daripada satu spesies organisma hidup dan dimasukkan ke dalam orgasnisma yang lain.
Kebaikan kejuruteraan genetik untuk tumbuhan ialah:
• Buah yang besar dapat dihasilkan
• Buah tanpa biji
• Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak
• Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar.
2. Teknologi kultur tisu
- Teknologi kultur tisu tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu: penyelenggaraan organisasi atau perkembangan jisim sel yang tidak tersusun (dikenali sebagai kalus yang dihidupkan dalam medium sintesis).
- Kultur sel tumbuhan ialah kultur kalus yang terbit daripada pembahagian sel yang dikekalkan dalam medium agar atau dalam bentuk ampaian menggunakan medium cecair. Kalus yang muncul akan dijadikan asas untuk menghasilkan suatu tumbuhan anak yang mempunyai ciri tumbuhan induk yang asal.
Kebaikan kultur tisu ialah:
1. dapat mengekalkan ciri tumbuhan induk yang baik
2. dapat menggandakan anak benih tumbuhan dengan mudah
3. dapat menghasilkan tumbuhan yang baru menggunakan satu sel sahaja.
Keburukan kultur tisu ialah:
1. bukan semua sel atau tisu dapat diklonkan.
3. Kaedah pengklonan
- Kaedah ini melibatkan penggunaan keratan batang pada suatu tumbuhan dalam pembiakan aseks. Misalnya pokok bunga raya, tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan induk dihasilkan melalui pembahagian sel secara mitosis.
- Contoh lain, Petani melakukan pengklonan dengan memotong batang rayap ubi keledek dan menanamkannya. Setelah batang rayap itu ditanam, ia akan tumbuh menjadi pokok-pokok ubi keledek yang baru. Pokok-pokok ubi keledek ini merupakan klon ubi keledek dan mempunyai kod genetik yang sama dengan pokok induknya. Penanaman secara keratan, tut, bebawang dan belahan umbisi merupakan cara-cara pengklonan yang diamalkan oleh petani sejak zaman dahulu.
Kebaikan pengklonan ialah:
1. Ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan
2. bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam masa yang singkat
3. menyebabkan tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih cepat
4. menjamin keseragaman baka yang baik
5. pengklonan tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif (tidak memerlukan agen pendebungaan) dan boleh dilakukan pada bila-bila masa
keburukan pengklonan ialah:
1. Klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya satu klon diserang penyakit @ perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan atau penyakit akan mati.
2. Pengklonan dijalankan dalam keadaan terkawal, jika persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai , keseluruhan klon akan musnah.
3. Klon tidak menunjukkan sebarang variasi dari segi genetik.
Kepentingan/sumbangan bioteknologi
1. sumbangan dalam bidang perubatan
- penggunaan teknologi kejuruteraan genetik, genetik seseorang dapat diubahsuai sebagai contoh, genetik manusia kerdil boleh melahirkan manusia normal
- selain itu dapat kaedah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit mental
- Melalui Bioteknologi juga vaksin melalui hormon haiwan telah dicipta. Vaksin bertindak sebagai antibodi. Contohnya, vaksin menghalang bakteria seperti Hepatitis B daripada bertindak dalam sel-sel badan. Hal ini dapat mengurangkan bilangan pesakit Hepatitis B.
- Teknologi kejuruteraan genetik juga dapat mengelakkan penyakit tertentu seperti kanser, diabetis dan lain-lain
- Kaedah ini juga membantu ibu-ibu yang sukar mengandung melalui teknik in-vitro
2. sumbangan dalam bidang pertanian
- baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan
- keadah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman
- kaedah ini juga dapat menghasilkan baka padi yang mengeluarkan hasil padi yang banyak dan cepat matang. Contohnya, benih padi Mahsuri dan MR 168
- pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan mempunyai daya tahan penyakit
- penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang
- Selain itu, kaedah kimera dan teknik in-vitro juga diperkenalkan. Baka-baka yang baik diambil untuk tujuan pembiakan
3. sebagai sumber tenaga alternatif
- pengeluaran biogas daripada selulosa dan bahan buangan pertanian dapat membekalkan tenaga kepada manusia
- bioteknologi juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan tenaga fosil yang semakin lama semakin kehabisan
- selain itu ia dapat mengurangkan pencemaran alam.
4. mengatasi masalah pencemaran alam sekitar
- pembuangan sampah mendatangkan masalah bau dan merebakkan kuman
- melalui kaedah bioteknologi di cipta mikroorganisma. Mikrob ini mampu mempercepatkan pereputan bahan buangan manusia.
- Selain itu, mikrob ini juga mampu menguraikan najis atau bahan kumbahan sepenuhnya
- justeru alam sekitar dapat dikurangkan malah sumber air yang bersih dapat dibekalkan.
5. memajukan industri pengeluaran makanan
- ramuan bahan kimia meningkatkan hasil pengeluaran makanan manusia
- dengan menggunakan kaedah tertentu dalam bioteknologi, menjadikan makanan lebih sedap dan tahan lama
- mikrob dan bakteria digunakan dalam menghasilkan pewarna, pemanis dan perasa dalam makanan.
6. sumbangan dalam sektor ekonomi dan sosial
- Jika industri bioteknologi berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020
selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.
Keburukan/Ancaman Penggunaan Bioteknologi
Walaupun bioteknologi memberi sumbangan yang besar dalam beberapa bidang namun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.
• Manusia sebagai bahan ujikaji
-Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja digunakan antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan yang mendatangkan risiko serius.
-Hal ini diibarat seperti meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’.
• Keselamatan dalam proses biotek tidak dijamin
-Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan.
-Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).
• Merosakkan organ dalaman
-Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.
-Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.
-Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.
• Menyebabkan penyakit dan kehilangan nyawa
-Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.
-Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).
• Menyebabkan mutasi gen pada tanaman lain
-Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain
CONTOH SOALAN
Pengenalan bioteknologi telah membawa banyak manfaat dalam bidang pertanian negara dengan aplikasi pengubahsuaian genetik dan penggunaan mikroorganisma.
Huraikan pernyataan di atas.
Skema: 4 + 0
1 Meningkatkan kualiti
- Hasil yang lebih baik drp sebelumnya
- Saiz dan bentuk yang lebih besar dan manis
- Lebih tahan lama, jangka hayat yang panjang, tidak mudah rosak, lambat ranum
- tahan pengaruh atau ancaman seperti penyakit atau bencana alam
- Mutasi aruhan
- Meningkatkan pembesaran yang lebih cepat matang
- Kawalan virus dn Patogen – MARDI
2 Meningkatkan produktiviti /kuantiti keluaran
-Jumlah hasil yang dikeluarkan meningkat dalam jumlah yang berganda.
- Contoh: Tanaman padi dengan menggunakan baka M123, Malinja dan Mahsuri
-Menambahkan kuantiti makanan Negara / dapat menampung keperluan sumber makanan
Keluaran juga tidak terjejas walaupun ada pengaruh seperti iklim.
Hasil keluaran sepanjang masa (tidak perlu bermusim)
3 Penghasilan baka baru
-Penciptaan sepsis baru yang boleh dijadikan induk untuk penghasilan yang lebih berkualiti
- Mengambil kelebihan baka asal dan menyesuaikannya dengan keadaan setempat dalam Negara
- Contoh: kacukan lembu tempatan (tahan cuaca panas) dengan ciri-ciri lembu freasian (banyak susu)
- In vitro
- Embrio – persenyawaan
- Penghasilan produk baru agro pertanian
- Peningkatan produktiviti pertanian
- Peningkatan kualiti
- Membiakkan spesis yang menghadapi ancaman kepupusan
4 Kepelbagaian hasil keluaran
- Hasil keluaran dipelbagaikan
- Contoh: tisu bunga orkid yang dikultur dapat menghasilkan bunga yang pelbagai dalam bentuk dan saiz yang berbeza
- Penghasilan pelbagai produk hiliran
- Contoh: kelapa sawit bukan hanya dapat menghasilkan minyak masak tetapi juga pelbagai barangan lain seperti sabun, lilin, barangan kosmetik dan biodiesel.
5 Meningkatkan inovasi/
Kajian dan penyelidikan
- Penumpuan kerajaan kepada bioteknologi dalam sektor ini akan lebih membangunkan dan memodenkan seKtor pertanian.
- Lebih banyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan
- kajian dapat meningkatkan hasil keluaran negara
-kajian untuk memperbaiki kelemahan juga dijalankan sentiasa
-mengalakan inovasi dalam pelbagai bidang
- Kerjasama dengan Negara maju juga dilakukan bagi memperoleh teknologi mereka
-Contoh: Jepun dan Amerika Syarikat – Persidangan Bioteknologi di Boston telah berjaya menandatangani 10 MOU antara Malaysia dengan institut penyelidikan dan firma swasta Amerika Syarikat
6 Memajukan teknologi pertanian
- Penekanan kepada bidang bioteknologi secara langsung meningkatkan usaha untuk memodenkan sektor pertanian
- Penciptaan dan penggunaan teknologi pertanian moden
- Pemindahan teknologi dari luar negara spt Jepun
Soalan 2 : Bioteknologi dan teknologi genetik kian berkembang maju. Teknologi genetik haiwan, tumbuhan-tumbuhnan dan manusia semakin penting dalam kehidupan kita. Huraikan kesan kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia.
Skema: ( 2 + 2)
1. Kesan baik kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia
2. Kesan buruk kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia.
1 Kesan baik
Teknologi genetik membantu pengenalan identiti seseorang
• Mayat dapat dikenal pasti identitinya melalui ujian terhadap tisu, rambut dan tulangnya.
• Mangsa perang, pembunuhan, kebakaran dapat dikenalpasti.
• Hal ini membantu pihak forensik dan polis
• Perogol dan penjenayah mudah disabitkan kesalahannya melalui ujian DNA
• Dalam kes rebutan anak, ujian DNA dapat mengenal pasti ibu dan bapa kandung dengan tepat.
• Kemajuan teknologi ini banyak membantu dalam penyelesaian kes sivil dan kes jenayah di mahkamah
2 Teknologi ini meningkatkan taraf kesihatan manusia
• Penyakit jiwa disebabkan faktor genetik
• Kini, genetik seseorang dapat diubahsuaikan melalui kejuruteraan genetik
• Hal ini dapat mengelakkan seseorang mewarisi penyakit genetik
• Contoh: faktor kekurangan hormon pertumbuhan manusia mengakibatkan kekerdilan. Manusia kerdil berkemungkinan melahirkan anak yang kerdil juga.
• Manusia kerdil dapat melahirkan anak yang sempurna melalui manipulasi hormonnya.
• Bahan kimia daripada lintah dapat menyembuhkan glaukoma.
• Dapat mencipta pelbagai jenis ubat-ubatan. Mikroorganisma telah diubahsuai genetiknya untuk menghasilkan ubat seperti insulin, antibiotik dan vaksin. Dengan ini, mencegah penyakit kronik.
• Menghasilkan ubat-ubatan daripada daun, batang dan akar kayu atau herba (neutralsentikel)
3 Bioteknologi juga dapat mengatasi masalah pencemaran
• Bahan kumbahan manusia mengancam kehidupan kita
• Kuman pembawa penyakit akan merebak
• Mikrob dapat mempercepat pereputan bahan buangan
• Mikrob menguraikan najis sepenuhnya
• Dengan itu, pencemaran alam dapat di atasi
4 Bioteknologi merevolusikan bidang pertanian dan ternakan
• Baka-baka ternakan terbaik dihasilkan melalui kaedah kimera, in-vitro dan permanian berhadas. Dapat menghasilkan haiwan kacukan seperti selembu dan kambiri.
• Pengklonan biri-biri Dolly membolehkan pembiakan secara besar-besaran
• Contoh:
• - Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak
- Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan bervitamin
- Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan persekitaran
• Kaedah Kultur tisu, bahagian pohon di ambil, sel-sel tunggal diasingkan dan dibiakkan menjadi tumbuhan lengkap. Dengan ini mempercepat pembiakan tanaman. Kultur tisu berjaya menghasilkan beberapa jenis buah-buahan secara besar-besaran.
• Mutasi aruhan menghasilkan baka tanamanan yang lebih baik seperti padi yg mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi, tumbesaran yang lebih cepat matang dan mengluarkan hasil yang tinggi.
• Bitekologi juga dapat meningkatkan kandungan nutrisi tanaman. Penghasilan makanan secara besar-besaran dapat dijalankan.
5 Membekalkan tenaga alternatif
• Tenaga alternati f seperti biofuel dan biojisim
• Sisa pertanian diproses menjadi sumber tenaga. Dapat mengurankan kebergantungan kepada sumber tenaga konvestional
• Minyak sawit diproses untuk menjadi biodisel yang mesra alam
• Sisa kumbahan najis ternakan boleh menghasilkan tenaga biojisim.
6 Memajukan industri pengeluran makanan
• Penghasilan makanan yang lebih berkualiti secara besar-besarab
• Perasa, perwarna dan pemanis makanan dihasilkan menerusi penggunaan mikrob dan bakteria
• Penghasilan vitamin dan enzim yang lebih berkualiti
5 Kesan buruk
Teknologi ini boleh disalah gunakan
• Pengklonan manusia dapat melahirkan manusia yang sama genetiknya. Tujuannya utk mendapatkan organ ganti.
• Dengan ini, manusia akan menjadi bahan komersial untuk dijual. Manusia mungkin diklonkan untuk menjadi hamba seks dan sebagainya.
• Manusia yang telah mati dapat diklonkan jika spertma atau DNA nya disimpan dengan baik, seolah-olah manusia yang sudah mati dapat hidup semula.
6 Sistem kekeluargaan dan sosial menjadi huru hara
• Manusia mungkin tidak perlu berkahwin lagi utuk mendapatkan zuriat. Bayi tabung uji dapat dilahirkan dengan mudah dan seseorang perempuan tidak perlu lagi berkahwin untuk mendapatkan anak.
• Hubungan sesama manusia akan hilang sebagai lambang cinta antara dua insan. Sebaliknya seks hanya menjadi satu permainan untuk keseronokan sahaja. Hubungan seks rambang akan berleluasa
Disediakan oleh: Cikgu Salmiah pd 17 Mac 2012 jm 10.00 malam.
Isnin, 24 Oktober 2011
BAHAGIAN E - POLA PERUBAHAN (JADUAL)
- Huraian= Terangkan tentang data-data yang dikemukakan dengan jelas
- Tafsirkan = Menukarkan maksud data yang ditunjukkan kepada bentuk yang menepati data tersebut dan diikuti dengan angka, perubahan dan peratus
- Pola Perubahan Nyatakan “pola” pada awal ayat sesuatu perenggan
- Mengapa/sebab = Berikan alasan bagi setiap perubahan yang berlaku dalam sesuatu tahun . Bermula dari jumlah keseluruhan hingga data yang menunjukkan peningkatan atau penurunan (alasan dalam pola)
- Nyatakan keadaan = Nyatakan bagaimana pertumbuhan sesuatu pembolehubah – naik disebut kadar positif, turun disebut kadar negatif, tidak berubah dikatakan konsisten
1) Pola Perubahan
2) Pola bandingan/ perbezaan - trend terkini.
oleh kerana soalan jenis ini agak menjadi masalah kepada para pelajar, maka di sini cikgu akan berikan tip-tip mengikut 'step by step'. bermaksud cikgu akan ajar satu persatu dari soalan asas kepada soalan yang lebih rumit. Mengikut pengalaman cikgu, para pelajar perlu tahu asas menjawab soalan ini dahulu, barulah pelajar boleh menjawab soalan yg lebih rumit dan mencabar.Oleh itu cikgu nasihatkan fahamkan dulu soalan asas nya.
POLA PERUBAHAN
- Jawapan bagi bahagian ini yang perlu pelajar beri adalah 4-5 isi bergantung pada soalan. Ini bermaksud jawapan pelajar ada 6-7 perenggan. Jawapan mestilah ditulis dalam bentuk esei perenggan demi perenggan dimana perlu ada perenggan pendahuluan, isi 1, isi 2, isi 3, isi 4, isi 5 (tambahan), perenggan penutup.
- Selalunya jawapan yang diperlukan hanyalah 4 isi, akan tetapi pelajar digalakkan menulis lebih satu isi kerana skema sentiasa berubah-ubah. Untuk supaya selamat, digalakkan tulis 5 isi.
- jadi, bagi pola perubahan, skema jawapan ada 2 jenis iaitu skema 3 + 1 atau 1 +1+ 2 (akan diterangkan lebih lanjut)
- ada 2 jenis skema jawapan bergantung dengan soalan yang diberi.
CONTOH BENTUK SOALAN POLA PERUBAHAN (jenis jadual)
1) Skema 3 + 1 (Alasan Dalam Pola)
- Berdasarkan jadual di bawah, huraikan hasil eksport barang mengikut jenis barang antara tahun 2002 hingga tahun 2004. Mengapakan wujud keadaan sedemikian?
- Berdasarkan jadual di bawah, nyatakan keadaan kadar jenayah mengikut kes tertentu antara tahun 2003 hingga tahun 2006
- Berdasarkan jadual 1, nyatakan keadaan sektor ekonomi Malaysia dari tahun 2000 hingga 2003 dan huraikan mengapa wujud keadaan sedemikian
- Berdasarkan jadual, jelaskan pola-pola yang berlaku dalam jumlah keluasan bertanam bagi tanaman utama di Malaysia antara tahun 2005 hingga 2007 dan nyatakan sebab-sebab terjadinya keadaan sedemikian?.
- Jika pelajar baca ayat pertama setiap soalan (warna pink), jika dalam soalan itu tiada perkataan perbandingan/perbezaan, maka soalan ini adalah soalan pola perubahan.
- jika ayat pertama ini ada ditulis perkataan 'pola', maka dalam jawapan pelajar 'wajib' sebut perkataan 'pola' dalam setiap isi/perenggan (sebab satu isi, satu perenggan)
- Ayat pertama selalu dimulakan dengan perkataan huraikan, tafsirkan, nyatakan,jelaskan bermaksud pelajar perlu terangkan data-data yang dikemukakan dengan jelas.
- jika ayat kedua ada perkataan seperti yang diwarnakan warna biru, contoh: mengapa/sebab-sebab wujud keadaan sedemikian, Berikan alasan bagi setiap perubahan yang berlaku dalam sesuatu tahun . Bermula dari jumlah keseluruhan hingga data yang menunjukkan peningkatan atau penurunan (alasan dalam pola)
1) Pendahuluan
2) Isi 1 - Secara keseluruhan. pilih mana berkaitan:
- pola meningkat berterusan
- pola menurun berterusan
- pola tidak konsisten
- pola stabil/konsisten
3) Isi 2 - pilih mana-mana pola yang terdapat dalam jadual. contoh:
- pola meningkat berterusan
- pola menurun berterusan
- pola tidak konsisten
- pola stabil/konsisten
4) Isi 3 - pola meningkat berterusan
- pola menurun berterusan
- pola tidak konsisten
- pola stabil/konsisten
4) isi 4 - Dalam tahun yang sama
- paling tinggi
- paling rendah
- sederhana
5) kesimpulan
Jawapan lengkap
Secara keseluruhan,
SELAMAT HARI DEEPAVALI...
Rabu, 28 September 2011
TEMA: BENCANA ALAM
Antara faktor bencana alam adalah disebabkan kecuaian manusia sendiri. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?
Skema Jawapan : ( 4 + 0 ) atau ( 2 + 2 )
Kata Kunci Soalan:
1. Sekiranya pelajar bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan di atas iaitu faktor bencana alam adalah disebabkan kecuaian manusia. ( 4 + 0 )
2. Sekiranya pelajar bsersetuju sebahagian, faktor bencana alam adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain juga selain manusia. ( 2 + 2)
Pendahuluan
Bencana alam merupakan kejadian yang berlaku akibat daripada perubahan-perubahan bentuk muka bumi yang boleh mengakibatkan kemusnahan di sesuatu kawasan atau tempat. Kejadian bencana alam yang berlaku terbahagi kepada dua iaitu bencana alam yang berlaku secara semula jadi dan bencana alam yang disebabkan oleh aktiviti manusia
1 FAKTOR DI SEBABKAN OLEH KECUAIAN MANUSIA
Pembakaran hutan secara terbuka
• Berlaku penebangan hutan untuk aktiviti pertanian
• Pokok yang ditebang dibakar di kawasan hutan tersebut
• Mangkibatkan asap yang tebal
• Tiupan angin menyebabkan asap yang tebal itu merebak ke tempat lain atau negara lain
• Asap yang tebal akan menutup ruang udara
2 Penebangan hutan tanpa kawalan
• Hutan adalah penimbang ekosistem. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga dua puluh peratus. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air secara semula jadi. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi
• Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai sebagai air larian permukaan. Sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku dan menyebabkan bajir kilat
3 Sistem perparitan tidak terancang
• Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek.
• Jumlah air yang banyak menyebabkan banjir kilat berlaku.
• Banjir besar boleh memberi kesan kepada harta benda dan kematian
4 Proses perbandaran
• Proses pembandaran menyebabkan kawasan telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir
• Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan rendah dan kemudaian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku
5 Faktor semulajadi
Bahan di cerun menjadi tepu dengan air
• Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta.
• Dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
• Begitu juga air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tepi mengalir lebih perlahan.
• Ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan
6 Hakisan Sungai
• Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh faktor semulajadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras dan menyebabkan hakisan di sepanjang sungai jika tanah di sekeliling sungai tersebut longgar.
• Maka , berlakulah aliran sungai yang dipenuhi lumpur dan mendapan pasir. Akibatnya, sungai menjadi cetek dan jika isipadu air hujan sangat tinggi akan menyebabkan banjir kilat
7 Pergerakan kerak bumi
• Kejadian tsunami yang berlaku akibat gempa bumi dikatakan sering berlaku di kawasan zon terbenam atau subduction zones.
• Tsunami berlaku apabila pergerakan kepingan kerak bumi terbenam ke dasar.
• Pergerakannya tersekat- sekat sebelum berlaku gelinciran.
• Kepingan kerak bumi akan mewujudkan tenaga dan tenaga akan tertolak ke atas sehingga meletuskan gempa bumi di dasar laut seterusnya menyebabkan ombak besar berlaku.
8 Pertukaran udara
• Ribut petir berlaku apabila perolakan udara panas dalam kuantiti besar di kawasan kecil. Perolakan udara panas menghasilkan awan kumulonimbus iaitu awan tebal yang memanjang antara tujuh kilometer dari permukaan bumi
• Apabila gerakan angin ke bawah melanggar permukaan tanah, udara tersebar ke semua arah dan menghasilkan letupan angin.
• Petir @ kilat boleh memanaskan udara di sekitarnya sehingga 30 000°C lebih panas daripada matahari.
• Udara yang terlalu panas ini mengembang dengan mendadak dan meletup.
• Bunyi letupan inilah yang dipanggil guruh
SOALAN 2.2
Peristiwa tanah runtuh telah berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini dan mengakibatkan penduduk kehilangan nyawa serta harta benda. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan peristiwa tanah runtuh ini daripada terus berlaku. (LARAS SASTERA)
Skema Jawapan : ( 4 + 0 )
Kata Kunci Soalan:
1. langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan peristiwa tanah runtuh ini daripada terus berlaku.
PENGENALAN
Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun dan aliran sampah cetek. Punca utama tanah runtuh adalah graviti yang bertindak pada cerun curam.
1 LANGKAH MENGELAKKAN
Penubuhan NASEC (Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara)
• Bertujuan untuk membantu kerajaan dan pihak swasta dalam usaha menangani masalah tanah runtuh dan mengelak perkara berkenaan berulang.
• Nasdec juga menjalankan analisis sifat fizikal tanah di semua kawasan peranginan dataran tinggi dan menghasilkan peta risiko di kawasan itu.
• Nasdec mengandungi beberapa unit iaitu unit penyelidikan dan perundingan , unit uji kaji tanah, unit sistem maklumat geografi (GIS) dan sebagainya.
• Dijangka menjadi pusat rujukan utama dalam bidang tanah runtuh di negara kita.
2 Kawalan dari segi undang-undang
• Amat penting kerana dapat mengawal aktiviti pembangunan di tanah tinggi sekalugus mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Dengan undang-undang dan penguatkuasaan yang baik, pemaju akan menitikberatkan kepentingan menjaga alam sekitar.
• Penubuha n Kanun Tanah Negara 1965, ialah perudangan yang menerangkan dengan terperinci berkenaan keperluan untuk mentadbir tanah.
• Agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan akta ini ialah Pejabat Tanah dan Galian Negeri atau Pejabat Tanah Daerah.
• Kerajaan juga diharapkan perlu bertegas dalam hal-hal yang membabitkan isu alam sekitar kerana sebagai pelaksana, sewajarnya kepentingan alam sekitar dan kepentingan masyarakat diutamakan. Hal ini bukan bermakna pembangungan perlu dihantikan tetapi pembangunan yang sedia ada seharusnya dipantau dan dipastikan dijalankan dengan berhemah tanpa dieksploitasi sehingga menimbulkan kesengsaraan di kemudain hari.
• Perancangan yang kemas dan teratur amat diperlukan.
• Pihak kerajaan perlu peka terhadap masalah yang timbul akibat pembangunan tidak terkawal, terutamanya kesan terhadap ekologi.
3 Kempen-kempen kesedaran
• Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan malah yang sedia ada, perlu dipertingkatkan lagi seperti kempen “Cintailah Alam Sekitar” dan kempen “Bulan Alam Sekitar”
• Kempen ini bukan sahaja diberikan kepada orang ramai tetapi juga kepada pemaju-pemaju projek pembangunan supaya mereka sedar bahawa pembangunan sahaja tidak memadai jika tidak disertakan dengan pemuliharaan alam sekitar yang menjadi sumber alam kepada manusia sendiri.
4 Pendidikan secara formal juga boleh diberikan
• Selain daripada kempen, pendidikan secara formal juga boleh diberikan di sekolah-sekolah, bermula dari kanak-kanak.
• Pihak sekolah boleh memasukkan isu alam sekitar dalam mata pelajaran seperti geografi dan sivik supaya pendedahan berterusan dilaksanakan.
• Apabila semua pihak sedar akan kewajipan masing-masing , pelaksanaan undang-undang akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Bagi pihak pemaju pembangunan, mereka akan lebih prihatin dan berusaha memelihara alam sekitar dengan mendapatkan khidmat nasihat dari jururunding tertentu berhubung dengan kesan pembangunan di samping memathi undang-undang, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
5 Peranan Agensi Bukan Kerajaan (NGO)
• Badan-badan bukan kerajaan seperti Gabungan Kesatuan Pengguna malaysia dan Tabung Alam Malaysia (WWF) serta Sahabat Alam Malaysia (SAM) memainkan peranan dengan memberikan kesedaran dan nasihat kepada orang ramai dan pihak kerajaan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar dan kesan pembangunan terhadap alam sekitar.
6 Kaedah penanaman tanaman tutup bumi
• Akar-akar pokok bertindak mencengkam tanah untuk mengelakkan tanah disesuatu kawasan menggelongsor akibat hujan lebat. Kehadiran tumbuh-tumbuhan penutup bumi mengurangkan kesan langsung titisan hujan ke atas khususnya di kawasan cerun.
• Menutup kawasan tebing yang terdedah dan terhakis dengan plastik dan membina perangkap lumpur supaya dapat mengurangkan kesan tanah runtuh atau banjir kilat.
• Penurapan permukaan saliran akan menghalang proses susupan atau penyerapan air ke dalam tanah
• Megkonkritkan tebing juga boleh mengelakkan tanah runtuh datau banjir kilat akibat pemotongan tanah atau pembinaan tebing untuk projek pembangunan atau pembinaan jalan raya
7 Pelaksanaan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)
• Kerajaan mensyaratkan kepada setiap pemaju projek pembangunan di kawasan tanah tinggi supaya mengemukakan laporan EIA. Syarat ini bertujuan memastikan setiap projek pembangunan yang bakal dilakukan memenuhi syarat-syarat penjagaan alam sekitar.
Kesimpulan
Tanah runtuh adalah antara sumber alam yang terpenting. Jika tiada langkah pengawalan, ia pasti akan mengancam kehidupan manusia itu sendiri.
Isnin, 19 September 2011
TEMA: KEGANASAN RUMAH TANGGA (PENDERAAN KANAK-KANAK DAN WANITA)
TEMA: WANITA
6. Sikap masyarakat . Sikap masyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mencampuri urusan orang lain . Konsep perbezaan taraf lelaki dan wanita masih wujud dan menebal dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat kampung. 7. Penagihan arak, dadah dan judi . Individu dalam golongan ini sering hilang pertimbangan dan bertindak ganas terhadap wanita dan kanak-kanak. . Pengaruh arak dan dadah yang mengkhayalkan menyebabkan pendera tidak sedar apa yang dia lakukan manakala sikap suka berjudi memaksa lelaki bergantung wang ringgit daripada wanita dan jika tidak diberi, isteri akan di dera. . Kajian Anne Keywarh, 5 % pendera mendera kerana ketagihan arak dan dadah 8. Sikap cemburu yang keterlaluan • Sikap buas dan cemburu lelaki sering menjadikan wanita sebagai mangsa.Sikap cemburu yang keterlaluan akan mendorong lelaki melakukan sesuatu dengan sesuka hati mereka terhadap wanita. • Wanita dikongkong dan didera secara fizikal dan mental semata-mata kerana cemburu isteri berbual dengan lelaki lain. Isteri yang ingkar akan didera dan dicederakan.
KESAN KEGANASAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA 9. Peningkatan kes penceraian dan kemusnahan rumahtangga (kesan individu/ masyarakat) • Keganasan kepada wanita selalunya berakhir dengan perpecahan keluarga terutamanya jika wanita terbabit membuat aduan kepada keluarga atau membuat laporan polis. • Menurut statistik,
10 Kesan kecederaan Fizikal kepada mangsa (kesan individu) • Lazimnya, 80% keganasan rumahtangga akan menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa. 12 Tekanan hidup dan tidak dapat belajar berdikari (kesan individu/ masyarakat) • Menurut pensyarah Fakulti Undang-undang UKM, mangsa keganasan akan sentiasa dalam keadaan ketakutan dan hilang keyakinan diri. • Mangsa keganasan juaga akan menghadapi tekanan hidup. Didapati 63% hingga 75% yang terlibat dalam keganasan menghadapi tekanan perasaan. 14 Meningkatnya kes jenayah (kesan negara) • Keganasan wanita sudah pasti meningkatkan kes jenayah seperti kes rogol telah meningkat daripada satu kes pd tahun 1981 kepada 1005 kes pada 1995. • Masyarakat berasa tidak selamat dan sentiasa berjaga-jaga.
15 Kos (kesan negara) . Kerajaan terpaksa menanggung kos untuk mewujudkan rumah perlindungan seperti Rumah Perlindungan Bukit Harapan bagi memberi perlindungan kepada mangsa-mangsa penderaan. Kos prasarana, gaji, kemudahan dan sebagainya terpaksa di keluarkan oleh kerajaan kerana kebanyakkan mangsa terdiri daripada wanita-wanita yang tidak bekerja dan kanak-kanak. Konklusinya, Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak berlaku kerana pelbagai sebab. Pihak tertentu seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan NGO perlu lebih prihatin dan komited dengan tugas mereka membela nasib kaum wanita dan kanak-kanak agar hidup mereka ini terbela.
SOALAN: Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk membantu kaum wanita dalam menghadapi cabaran pada zaman alaf baru. Jelaskan langkah-langkah tersebut secara terperinci. Skema jawapan: ( 4 + 0 ) Kata kunci soalan: 1. Langkah-langkah terperinci yang telah dilaksanakan pelbagai pihak untuk membantu kaum wanita menghadapi cabaran zaman alaf baru. LANGKAH-LANGKAH OLEH PELBAGAI PIHAK 1 Undang-undang sivil dan jenayah dan undang-undang syariah Kelulusan Akta Keganasan Rumah tangga 1994 dapat melindungi mangsa keganasan. Menurut Akta ini pesalah boleh didenda tidak kelebihi Rm4000 dan penjara tidak lebih setahun. melindungi hak-hak wanita dan isteri daripada sebarang bentuk penganiayaan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditubuhkan bagi memberikan perhatian kepada wanita supaya mereka tidak teraniaya.Kebebasan wanita wajar diakui apabila semakin banyak jawatan penting diperuntukan kepada wanita. 2 Penerimaan wanita dalam sistem pendidikan negara Wanita diterima masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi mengikut kelayakan yang sama seperti lelaki. Tidak ada lagi kuota yang mengehadkan kemasukan pelajar wanita 3 Peranan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) menggesa kerajaan agar melaksanakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah yang menganiayai wanita seperti “Sister of Islam “. NGO juga menggesa lebih banyak pusat kemahiran didirikan untuk membantu wanita 4. Dasar kerajaan dalam meningkatkan kehidupan dan taraf kaum wanita di Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat melaksanakan tugas-tugas untuk membantu masyarakat di Malaysia. 1) meningkatkan jentera kebangsaan untuk kemajuan wanita; 2) meningkatkan penglibatan para wanita dalam membuat keputusan; 3) mempertahan serta melindungi hak-hak wanita kepada kesihatan, pendidikan serta kesejahteraan sosial dan 4) mengatasi segala cabaran undang-undang serta amalan-amalan yang berunsur diskriminasi terhadap gender Kerajaan membantu kaum wanita melalui Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA). Menggalakkan wanita melibatkan diri dalam Majlis Penasihat Kebangsaan tentang Integrasi Wanita dalam Pembangunan Wanita (NACIWID). Membantu wanita mendapat nasihat kewangan teknikal daripada pertubuhan NGO seperti Perkumpulan Wanita (WI) dan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI). 5 Dasar Wanita Negara diwujudkan untuk membuktikan kaum wanita berpotensi bersama-sama dengan kaum lelaki dalam memajukan negara. Dasar ini dapat memastikan penyertaan wanita dalam pembangunan negara tidak terabai apabila dasar ini diamalkan Pada tahun 1985, Kerajaan Malaysia telah menyiapkan sebuah Dasar Kebangsaan untuk Wanita sebagai panduan bagi penglibatan para wanita di dalam proses pembangunan. Dasar tersebut boleh membantu meningkatkan taraf kehidupan wanita dengan menangani cabaran-cabaran melalui pendidikan dan penghapusan kemiskinan Status wanita telah menjadi objektif utama Rancangan Malaysia ke-6 (1991 – 1995), di mana sebuah dana khas disediakan untuk perkembangan wanita dan telah menjadi satu langkah yang penting di dalam menuju ke arah keperkasaan wanita-wanita di Malaysia. Rancangan-rancangan Malaysia seterusnya masih memberi perhatian kepada keperluan-keperluan wanita dengan cadangan untuk memajukan status mereka di dalam masyarakat Dengan menyetujui pendapat-pendapat yang telah ditetapkan terlebih dahulu semasa Platform Beijing untuk Tindakan di Persidangan Sedunia PBB untuk Wanita yang Ke-Empat (1995), 6. Mengubah pemikiran kolot masyarakat dan anjakan paradigma ibu bapa dan keluarga Masyarakat sering menganggap wanita lebih menyusahkan dan tidak harus diberi muka. Anak-anak perempuan dikatakan akan memberi malu kepada keluarga jika terlibat dengan gejala sosial. Sebaliknya,anak lelaki mendapat tempat istimewa dalam keluarga Ibu bapa harus faham bahawa anak perempuan juga mampu berkhidmat kepada keluarga. Ibu bapa tidak wajar mengabaikan peluang belajar anak-anak perempuan kerana mereka juga akan menyumbang kepada pembangunan negara. 7. Dasar Warga Tua kebangsaan ditakrifkan kepada masyarakat Malaysia berumur 60 tahun.menekankan aspek penjagaan dan bantuan kepada warga tua supaya mereka hidup sejahtera, bermaruah,mengoptimumkan potensi diri mereka
SOALAN: Wanita ialah pemangkin kesejahteraan keluarga. Wanita terutama ibu tunggal mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membesarkan anak-anak mereka. Huraikan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal dan cara untuk membantu mereka. Skema jawapan: ( 2 + 2 ) Kata kunci soalan: 1. Masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal 2. Huraikan cara kerajaan/swasta/individu yang dapat membantu mereka. Wanita ialah pemangkin kesejahteraan keluarga. Wanita terutama ibu tunggal mempunyai tanggung jawab yang besar untuk membesarkan anak-anak mereka. Kini, terdapat 3.4 juta ibu tunggal, iaitu seorang ibu tunggal bagi setiap enam orang wanita di negara ini. Fenomena ini akan membawa pelbagai masalah dan semakin buruk sekiranya ibu tunggal ini tidak dibantu. MASALAH YANG DIHADAPI OLEH IBU TUNGGAL 1 Masalah kewangan • Sesetengah ibu tunggal tidak bekerja atau bergaji rendah. • Mereka terpaksa menyara keluarga sendiri • Akibatnya mereka menghadapi masalah kewangan • Mereka terpaksa meminjam wang jika terdesak. 2 Kesukaran membahagikan masa antara anak dengan kerjaya. • Mereka perlu mencari rezeki di luar dan pada masa yang sama mengasuh anak-anaknya • Mereka sukar mengagihkan masa antara kerjaya dengan anak-anak. • Anak-anak yang kekurangan kasih sayang dan kawalan ibu menjadi liar dan runtuh akhlaknya. 3 Ibu tunggal juga menghadapi pandangan sinis masyarakat • Wanita yang kematian suami dianggap malang dan sial • Wanita yang bercerai dengan suaminya dikatakan wanita yang kurang bermoral • Stigma ini menjejaskan martabat ibu tunggal • Mereka juga dianggap sebagai perempuan murahan. Ramai lelaki jahat akan mengambil kesempatan untuk menggoda mereka • Mereka juga sering menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja. CARA MEMBANTU IBU TUNGGAL 5 Persatuan Ibu tunggal dan NGO perlu bergiat cergas • Persatuan ini menawarkan tempat berteduh untuk para ibu yang malang • DI situ, masalah mereka dapat diluahkan dan dibincangkan • Bimbingan dan kaunseling juga boleh di berikan • Sokongan moral dan material dapat diberikan agar mereka tidak mudah putus asa. 7. Pinjaman/ dana tertentu Wanita yang kurang berpendidikan dan tidak bekerja sering teraniaya apabila mereka bergelar ibu tunggal. Oleh itu, kerajaan perlu menambah dana Tabung Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan jaminan semua ibu tunggal berhak mendapat kelulusan pinjaman. Melalui pinjaman ini, mereka diharapkan dapat membuka kedai jahit, kedai runcit, kedai makan dan lain-lain. Dengan dana tersebut sudah pasti mereka dapat membina hidup baru. 8. Latihan Kemahiran Bantuan kepada ibu-ibu tunggal juga boleh diberikan melalui latihan kemahiran terutama ibu tunggal yang tidak pernah bekerja. Dengan kemahiran dan ilmu yang ada, mereka boleh membuka dan menguruskan perniagaannya sendiri. Langkah ini akan dapat membantu mereka menyara kos hidup seharian dan seterusnya menabung demi masa hadapan anak-anak. Seterusnya, mereka mampu membina keluarga yang berjaya. 9. Perhatian dan bantuan Kerajaan dan swasta Ramai kalangan ibu tunggal hidup tertekan kerana tiada pekerjaan. Lebih malang lagi apabila mereka tidak mempunyai rumah sendiri. Situasi ini pasti menyukarkan mereka untuk membesar, mendidik dan menyara anak-anak. Oleh itu, pihak kerajaan dan swasta perlu memberi peluang kepada mereka untuk bekerja. Tindakan memberi kerja ini merupakan satu sinar dalam kehidupan masa depan mereka. 9. Dasar perlindungan ibu tunggal sangat penting • Dalam bajet 2004, Ibu tunggal dikecualikan daripada dikenakan cukai pendapatan • Undang-undang yang mewajibkan bekas suami memberikan nafkah hidup kepada ibu tunggal telah dilaksanakan. • Pihak majikan perlu memberikan masa kerja yang fleksibel ditawarkan kepada ibu tunggal yang menghadapi masalah masa untuk membahagikan antara keluarga dan kerjaya, terutama jika anak-anak mereka jatuh sakit. • Mengkuatkuasakan Undang-undang untuk mencegah gangguan seksual terhadap ibu tunggal. SOALAN Pelbagai masalah sosial seperti budaya lepak, jenayah, juvenil dan keruntuhan akhlak dalam kalangan muda-mudi kian berleluasa. Untuk membendung masalah ini, ada pihak tertentu mendakwa peranan yang paling mulia bagi wanita ialah menjadi ibu dan pengasuh kepada anak-anaknya dan bukan bekerja di luar. Berikan pandangan anda tentang peranan wanita. Skema Jawapan: ( 4 + 0 ) Kata kunci soalan: 1. Hendaklah menghuraikan empat peranan wanita. Peranan wanita dalam membendunga masalah sosial 1 Wanita memainkan peranan sebagai ibu • Anak memerlukan kasih sayang, kawalan, teguran dan bimbingan ibu • Ibu memang penting untuk membentuk sahsiah anak-anaknya • Ibu memiliki sifat-sifat mulia kewanitaan • Dengan itu, anak-anak mudah dibimbing ke jalan benar • Ibu yang bekerja mungkin menyebabkan anaknya terabai 2 Ibu sepenuh masa juga dapat menjamin keutuhan keluarga • Ibu yang bekerja di luar mungkin menyebabkan keluarga kucar-kacir • Mereka tidak dapat menguruskan rumah tangga dengan sempurna • Suami isteri kurang masa bersua muka • Hubungan keluarga mungkin menjadi renggang dan rapuh • Jadi, peranan ibu dalam keluarga amat penting 3 Ibu juga perlu menampung perbelanjaan keluarga jika perlu • Masalah sosial juga berpunca daripada kemiskinan • Jadi, kedudukan kewangan keluarga juga harus memuaskan • Ibu perlu membantu jika timbul masalah kewangan dalam keluarga • Ibu boleh keluar bekerja jika terdesak 4 Wanita juga penting dalam pembangunan keluarga • Jawatan guru dan jururawat memerlukan kesabaran, kemesraan dan sifat lemah lembut • Sifat-sifat ini dimiliki wanita • Sektor perkilangan juga memerlukan pekerja yang banyak • Kaum wanita dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga manusia. 5 Sumbangan wanita dalam bidang politik negara juga penting • Kebolehan wanita dalam bidang ini telah diakui • Wanita dapat memerintah negara dengan adil dan saksama • Pemimpin wanita dunia juga ramai dan terkenal. Dunia juga mengiktiraf pemimpin wanita. Contoh: Margaret Thatcher (PM Britain), Benazir Bhutto (PM Pakistan), Cory Aquino ( Filipina) dan Indira Ghandi (PM India) dan baru-baru ini PM Thailand. SOALAN Golongan wanita sering dianggap sebagai kaum yang lemah. Hak wanita di Dunia Ketiga boleh dikatakan amat mengecewakan. Di Malaysia, kaum wanita masih belum mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki. Ulaskan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini. Skema Jawapan: ( 4 + 0 ) Kata kunci soalan: 1. Faktor-faktor golongan wanita sering dianggap sebagai kaum yang lemah Golongan wanita sering dianggap sebagai kaum yang lemah. Hak wanita di Dunia Ketiga boleh dikatakan amat mengecewakan. Nasib malang kaum wanita di beberapa buah negara mundur amat menyayat hati. Kejadian ini memang disebabkan oleh pelbagai faktor. FAKTOR-FAKTOR 1 Faktor kemiskinan merupakan punca utama • Dalam negara miskin, semua hak rakyat diabaikan • Yang penting bagi mereka adalah untuk meneruskan hidup • Banyak wanita negara miskin menadah tangan meminta bantuan makanan • Anak perempuan dipaksa terlibat dalam kegiatan pelacuran • Kemiskinan hidup memaksa anak-anak perempuan menjadi pelacur 2 Kekurangan perlindungan undang-undang juga merupakan puncanya • Undang-undang perlindungan wanita kurang berkesan di kebanyakkan negara • Isteri dan anak perempuan di aniayai tanpa perlindungan • Hal ini dianggap sebagai krisis dalam keluarga seseorang sahaja • Usaha membanteras pelacuran tidak ketat • Akibatnya ramai wanita bawah usia dijadikan hamba seks • Ketiadaan undang-undang juga menyebabkan gaji wanita jauh lebih rendah daripada lelaki 3 Nilai tradisi yang negatif juga merupakan puncanya• Wanita masih dianggap sebagai kaum yang lemah • Sebaliknya lelaki yang berluasa • Masyarakat beranggapan bahawa wnita mesti tunduk kepada kaum lelaki • Dalam keluarga, yang bekuasa masih lelaki • Peluang pendidikan wanita juga dinafikan • Hal ini menyebabkan hak wanita semakin terhakis 4 Dasar kerajaan yang mengabaikan kebajikan dan hak wanita juga merupakan puncanya • Banyak negara tidak menyediakan perlindungan undang-undang kepada wanita • Wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga • Hak wanita yang bercerai juga dinafikan • Dalam kes kehamilan anak luar nikah, hanya pihak wanita dipersalahkan • Jawatan penting dalam kerajaan masih dipegang kaum lelaki