Bar Video

Loading...

Rabu, 28 September 2011

TEMA: BENCANA ALAM

SOALAN 2.1:

Antara faktor bencana alam adalah disebabkan kecuaian manusia sendiri. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

Skema Jawapan : ( 4 + 0 ) atau ( 2 + 2 )
Kata Kunci Soalan:
1. Sekiranya pelajar bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan di atas iaitu faktor bencana alam adalah disebabkan kecuaian manusia. ( 4 + 0 )
2. Sekiranya pelajar bsersetuju sebahagian, faktor bencana alam adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain juga selain manusia. ( 2 + 2)

Pendahuluan
Bencana alam merupakan kejadian yang berlaku akibat daripada perubahan-perubahan bentuk muka bumi yang boleh mengakibatkan kemusnahan di sesuatu kawasan atau tempat. Kejadian bencana alam yang berlaku terbahagi kepada dua iaitu bencana alam yang berlaku secara semula jadi dan bencana alam yang disebabkan oleh aktiviti manusia

1 FAKTOR DI SEBABKAN OLEH KECUAIAN MANUSIA
Pembakaran hutan secara terbuka
• Berlaku penebangan hutan untuk aktiviti pertanian
• Pokok yang ditebang dibakar di kawasan hutan tersebut
• Mangkibatkan asap yang tebal
• Tiupan angin menyebabkan asap yang tebal itu merebak ke tempat lain atau negara lain
• Asap yang tebal akan menutup ruang udara

2 Penebangan hutan tanpa kawalan
• Hutan adalah penimbang ekosistem. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga dua puluh peratus. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air secara semula jadi. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi
• Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai sebagai air larian permukaan. Sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku dan menyebabkan bajir kilat

3 Sistem perparitan tidak terancang
• Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek.
• Jumlah air yang banyak menyebabkan banjir kilat berlaku.
• Banjir besar boleh memberi kesan kepada harta benda dan kematian

4 Proses perbandaran
• Proses pembandaran menyebabkan kawasan telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir
• Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan rendah dan kemudaian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku

5 Faktor semulajadi
Bahan di cerun menjadi tepu dengan air
• Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta.
• Dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
• Begitu juga air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tepi mengalir lebih perlahan.
• Ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan

6 Hakisan Sungai
• Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh faktor semulajadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras dan menyebabkan hakisan di sepanjang sungai jika tanah di sekeliling sungai tersebut longgar.
• Maka , berlakulah aliran sungai yang dipenuhi lumpur dan mendapan pasir. Akibatnya, sungai menjadi cetek dan jika isipadu air hujan sangat tinggi akan menyebabkan banjir kilat

7 Pergerakan kerak bumi
• Kejadian tsunami yang berlaku akibat gempa bumi dikatakan sering berlaku di kawasan zon terbenam atau subduction zones.
• Tsunami berlaku apabila pergerakan kepingan kerak bumi terbenam ke dasar.
• Pergerakannya tersekat- sekat sebelum berlaku gelinciran.
• Kepingan kerak bumi akan mewujudkan tenaga dan tenaga akan tertolak ke atas sehingga meletuskan gempa bumi di dasar laut seterusnya menyebabkan ombak besar berlaku.

 8 Pertukaran udara
• Ribut petir berlaku apabila perolakan udara panas dalam kuantiti besar di kawasan kecil. Perolakan udara panas menghasilkan awan kumulonimbus iaitu awan tebal yang memanjang antara tujuh kilometer dari permukaan bumi
• Apabila gerakan angin ke bawah melanggar permukaan tanah, udara tersebar ke semua arah dan menghasilkan letupan angin.
• Petir @ kilat boleh memanaskan udara di sekitarnya sehingga 30 000°C lebih panas daripada matahari.
• Udara yang terlalu panas ini mengembang dengan mendadak dan meletup.
• Bunyi letupan inilah yang dipanggil guruh


SOALAN 2.2

Peristiwa tanah runtuh telah berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini dan mengakibatkan penduduk kehilangan nyawa serta harta benda. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan peristiwa tanah runtuh ini daripada terus berlaku. (LARAS SASTERA)

Skema Jawapan : ( 4 + 0 )
Kata Kunci Soalan:
1. langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan peristiwa tanah runtuh ini daripada terus berlaku.

PENGENALAN
Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun dan aliran sampah cetek. Punca utama tanah runtuh adalah graviti yang bertindak pada cerun curam.

1 LANGKAH MENGELAKKAN
Penubuhan NASEC (Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara)
• Bertujuan untuk membantu kerajaan dan pihak swasta dalam usaha menangani masalah tanah runtuh dan mengelak perkara berkenaan berulang.
• Nasdec juga menjalankan analisis sifat fizikal tanah di semua kawasan peranginan dataran tinggi dan menghasilkan peta risiko di kawasan itu.
• Nasdec mengandungi beberapa unit iaitu unit penyelidikan dan perundingan , unit uji kaji tanah, unit sistem maklumat geografi (GIS) dan sebagainya.
• Dijangka menjadi pusat rujukan utama dalam bidang tanah runtuh di negara kita.

2 Kawalan dari segi undang-undang
• Amat penting kerana dapat mengawal aktiviti pembangunan di tanah tinggi sekalugus mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Dengan undang-undang dan penguatkuasaan yang baik, pemaju akan menitikberatkan kepentingan menjaga alam sekitar.
• Penubuha n Kanun Tanah Negara 1965, ialah perudangan yang menerangkan dengan terperinci berkenaan keperluan untuk mentadbir tanah.
• Agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan akta ini ialah Pejabat Tanah dan Galian Negeri atau Pejabat Tanah Daerah.
• Kerajaan juga diharapkan perlu bertegas dalam hal-hal yang membabitkan isu alam sekitar kerana sebagai pelaksana, sewajarnya kepentingan alam sekitar dan kepentingan masyarakat diutamakan. Hal ini bukan bermakna pembangungan perlu dihantikan tetapi pembangunan yang sedia ada seharusnya dipantau dan dipastikan dijalankan dengan berhemah tanpa dieksploitasi sehingga menimbulkan kesengsaraan di kemudain hari.
• Perancangan yang kemas dan teratur amat diperlukan.
• Pihak kerajaan perlu peka terhadap masalah yang timbul akibat pembangunan tidak terkawal, terutamanya kesan terhadap ekologi.

3 Kempen-kempen kesedaran
• Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan malah yang sedia ada, perlu dipertingkatkan lagi seperti kempen “Cintailah Alam Sekitar” dan kempen “Bulan Alam Sekitar”
• Kempen ini bukan sahaja diberikan kepada orang ramai tetapi juga kepada pemaju-pemaju projek pembangunan supaya mereka sedar bahawa pembangunan sahaja tidak memadai jika tidak disertakan dengan pemuliharaan alam sekitar yang menjadi sumber alam kepada manusia sendiri.

4 Pendidikan secara formal juga boleh diberikan
• Selain daripada kempen, pendidikan secara formal juga boleh diberikan di sekolah-sekolah, bermula dari kanak-kanak.
• Pihak sekolah boleh memasukkan isu alam sekitar dalam mata pelajaran seperti geografi dan sivik supaya pendedahan berterusan dilaksanakan.
• Apabila semua pihak sedar akan kewajipan masing-masing , pelaksanaan undang-undang akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Bagi pihak pemaju pembangunan, mereka akan lebih prihatin dan berusaha memelihara alam sekitar dengan mendapatkan khidmat nasihat dari jururunding tertentu berhubung dengan kesan pembangunan di samping memathi undang-undang, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

5 Peranan Agensi Bukan Kerajaan (NGO)
• Badan-badan bukan kerajaan seperti Gabungan Kesatuan Pengguna malaysia dan Tabung Alam Malaysia (WWF) serta Sahabat Alam Malaysia (SAM) memainkan peranan dengan memberikan kesedaran dan nasihat kepada orang ramai dan pihak kerajaan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar dan kesan pembangunan terhadap alam sekitar.

6 Kaedah penanaman tanaman tutup bumi
• Akar-akar pokok bertindak mencengkam tanah untuk mengelakkan tanah disesuatu kawasan menggelongsor akibat hujan lebat. Kehadiran tumbuh-tumbuhan penutup bumi mengurangkan kesan langsung titisan hujan ke atas khususnya di kawasan cerun.
• Menutup kawasan tebing yang terdedah dan terhakis dengan plastik dan membina perangkap lumpur supaya dapat mengurangkan kesan tanah runtuh atau banjir kilat.
• Penurapan permukaan saliran akan menghalang proses susupan atau penyerapan air ke dalam tanah
• Megkonkritkan tebing juga boleh mengelakkan tanah runtuh datau banjir kilat akibat pemotongan tanah atau pembinaan tebing untuk projek pembangunan atau pembinaan jalan raya

7 Pelaksanaan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)
• Kerajaan mensyaratkan kepada setiap pemaju projek pembangunan di kawasan tanah tinggi supaya mengemukakan laporan EIA. Syarat ini bertujuan memastikan setiap projek pembangunan yang bakal dilakukan memenuhi syarat-syarat penjagaan alam sekitar.

Kesimpulan
Tanah runtuh adalah antara sumber alam yang terpenting. Jika tiada langkah pengawalan, ia pasti akan mengancam kehidupan manusia itu sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan